top of page

Suspek serang lelaki guna parang ditangkap

  • nabalunews
  • Oct 25, 2024
  • 1 min read

25 Oktober 2024


TAWAU: Suspek yang dipercayai menyerang seorang lelaki dengan parang sehingga menerima tujuh jahitan dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, semalam, ditahan polis pada hari yang sama selepas kejadian.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek adalah seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30an yang ditangkap di sekitar kawasan kampung tersebut.


"Suspek ditahan sepasukan polis pada jam 12 tengah hari dalam serbuan susulan laporan polis yang dibuat oleh anak mangsa," katanya dalam kenyataan media semalam.


Tambahnya, polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.


Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham dan suspek dikatakan menyerang mangsa dengan bersenjatakan parang ketika mangsa sedang bersarapan di kaki lima rumahnya.


Katanya, mangsa cedera di lengan kanan dan menerima tujuh jahitan dalam insiden berkenaan.


Jasmin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page