nabalunews
Susur tangga diganti baru untuk kemudahan pengguna
21 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Penduduk di sekitar Jalan Lok Yuk Lama di Karamunting, Sandakan merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin atas inisiatif beliau membantu menggantikan susur tangga dekat jalan itu yang telah usang serta rosak.
Menurut penduduk, sebelum ini, mereka menggunakan tiang kayu yang dijadikan sebagai susur tangga tetapi ia mudah reput dan terpaksa diganti dengan kerap.
Seorang warga emas juga telah terjatuh akibat susur tangga atau handrail yang telah usang itu.
Masalah ini mendapat perhatian segera daripada George yang kemudian menggantikan susur tangga yang baharu menggunakan peruntukan ADUN beliau sendiri.
George berkata, keselamatan penduduk penting dan berharap susur tangga baharu itu akan dapat memberikan kemudahan kepada penduduk yang menggunakan laluan itu setiap hari.
Pihaknya juga telah melawat warga emas yang dilaporkan telah terjatuh di laluan berkenaan.
Comments