top of page

Syor Ewon disetujui, JKM bakal bincang isu pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman dalam mesyuarat khas

Wartawan Nabalu News

Abidin ketika berucap semasa Sesi Penggulungan di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

8 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Isu pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick akan dibincangkan dalam satu jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu.


Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, satu sesi perbincangan di antara Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan pihak Mahkamah Persekutuan akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu Badan Penghakiman.


Beliau mendedahkan perkara ini semasa ucapan penggulungan pihak Jabatan Ketua Menteri semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini.


Pada Isnin lalu, Ewon semasa mebahaskan Belanjawan Sabah 2022 telah menggesa Kerajaan Negeri agar mendesak Kerajaan Persekutuan untuk meminda Perkara 112AB Perlembagaan Persekutuan.


Jelasnya, ini agar kuasa dikembalikan semula kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dan Sarawak untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.


“Sebagai generasi muda pimpinan Sabah, kita mahukan kuasa ini dikembalikan kepada TYT Sabah sesuai dengan aspirasi Perjanjian Malaysia dan seterusnya agar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dapat diberikan belanjawan sendiri antara lainnya bagi melaksanakan program mahkamah bergerak dan inisiatif seumpamanya,” kata Ewon.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page