top of page

Taktik PN mengelirukan pengundi menggunakan agama menyedihkan: PH Beluran

nabalunews

18 Nov 2022


BELURAN: Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Beluran, Felix Joseph Saang, telah membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menuduh gabungan itu merancang “Kristianisasi” di Malaysia.


Felix, yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PH, menyifatkan tuduhan tidak berasas itu sebagai "taktik terdesak yang memalukan" oleh pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk mengelirukan pengundi.


“Seorang pemimpin yang berkaliber seperti beliau sepatutnya berfilkiran bijak dan tidak menggunakan agama sebagai taktik politik. Ini adalah taktik yang amat kotor.


“Sungguh menyedihkan apabila mendengar seorang bekas Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.


Ketua Pemuda UPKO itu turut menggesa Muhyiddin menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada penganut Kristian di Malaysia.


“Baru beberapa hari lalu seorang ketua pemuda PN-PAS mendakwa bahawa mereka yang mengundi PH akan masuk neraka.


“Adakah ini jenis kerajaan yang kita mahukan?" tanya Felix.


Beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa PH adalah gabungan berbilang kaum yang menghormati semua agama dan kaum.


Dalam klip TikTok, Muhyiddin boleh dilihat menggesa orang ramai supaya tidak mengundi PH kerana mereka disokong oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang sedang merancang Kristianisasi di Malaysia.


Beliau berkata bahawa "amat berbahaya" untuk PH kembali berkuasa.


Kenyataan Muhyiddin itu telah mendapat kritikan daripada orang ramai, termasuk Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page