top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tanah runtuh di Kg.Kopungit bimbangkan penduduk kampung



5 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Lebih 30 buah rumah di Kampung Kopungkit di sini, berisiko atau berada dalam keadaan tidak selamat ekoran kejadian tanah runtuh di kawasan itu, kelmarin.


Pengerusi JPKK Kg.Kopungit Charles Gokin berkata, penduduk kampung yang tinggal berdekat kawasan runtuhan itu telah diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga.


Charles (kiri), berbual bersama Madius (kanan). Turut hadir Rowindy (tengah) dan Dennison (dua dari kanan)

“Kebanyakan mereka telah berpindah ke rumah saudara dan penduduk yang lain pula akan dipindahkan di pusat penempatan sementara di Luyang dan Damai,” katanya ketika ditemui Nabalu News, hari ini.


Sebelum itu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau turun padang melawat lokasi tanah runtuh di Kampung Kopungit untuk melihat sendiri keadaan sebenar di kawasan tersebut.


Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu, Dennison R Indang, Ketua Wanita UPKO Kota Kinabalu, Rowindy Lawrence, Ketua Kg Kopungit Kategis John francis


Charles berkata, kejadian tanah runtuh berlaku pads malam Jumaat ekoran hujan lebat berterusan beberapa hari lalu.


Beliau berkata, runtuhan itu juga menyebabkan kerosakan bangunan Stor KKM dan beberapa kenderaan tertimbus.


Gideon (kanan)

Seorang penduduk Gideon Gadit berkata, mereka sekeluarga mengambil tindakan awal keluar rumah dan menginap di hotel kerana bimbang berlaku tanah runtuh di kawasan itu.


“Sebelum ini, kawasan Blok D Kampung Kopungit pernah runtuh. Jadi kami sekeluarga berpindah kerana saya bimbang keselamatan kami sekeluarga dan tambahan pula tiada bekalan elektrik pada malam semalam,” katanya.

bottom of page