TARIKH PEPERIKSAAN SPM PELAJAR DIKUARANTIN DIJADUALKAN SEMULA
1 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah menjadualkan semula tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar SMK Keningau 2 yang dikuarantin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelajar bekenaan telah dimasukkan ke pusat kuarantin sejak 24 Februari
lalu dan masih menjalani kuarantin di pusat tersebut.
“Tarikh peperiksaan SPM yang baru akan dijadualkan semula kepada pelajar tersebut oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Ketika ditanya berapa ramai murid Tahun 1, 2 dan Pra Sekolah serta calon peperiksaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah yang terjejas, Masidi berkata, kementeriannya sedang menunggu maklumat berkenaan daripada agensi berkaitan.
“Kementerian saya akan berkongsi maklumat berkenaan kepada pihak media
setelah memperolehi maklumat tersebut daripada agensi berkaitan,” katanya.
Comentarios