top of page

Task Force Bukit Aman Diharap Rungkai Punca Kematian Zara

  • nabalunews
  • Aug 12, 2025
  • 1 min read

12 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Pengambilalihan siasatan kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir oleh Pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, diharap dapat merungkai isu kematian pelajar terbabit.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan peguam keluarga Zara memaklumkan, penglibatan pasukan khas dari Bukit Aman itu adalah selaras dengan salah satu daripada empat perkara yang dipohon kepada Jabatan Peguam Negara.


Katanya, pihaknya berharap pasukan siasatan itu dapat membuktikan wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian Zara.


“Dalam surat kami bertarikh 5 Ogos lalu, selain memohon agar kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan dibuka semula, kami juga menuntut agar proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman.


“Perkembangan positif ini diharap dapat merungkai isu kematian Zara dan seterusnya

membuktikan wujud unsur jenayah yang telah menyebabkan kematian Zara,” katanya.


Menurutnya, dua lagi perkara yang dipohon sebelum ini adalah pengalian semua kubur Zara untuk proses bedah siasat dijalankan serta Inkues untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah


Terdahulu, Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penghantaran pasukan itu adalah sebahagian daripada komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh.


Katanya, sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, yang terdiri daripada sembilan pegawai dan anggota dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian pelajar berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page