- Wartawan Nabalu News
60 PENERIMA PERTAMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI SABAH, 4 MAC INI

1 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seramai 60 penerima vaksin termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Noor, tiga timbalan ketua menteri serta dua menteri penuh Sabah akan menerima suntikan vaksin pada hari Pelancaran Program Vaksinasi Covid-19 Negeri Sabah pada 4 Mac ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga timbalan ketua menteri itu ialah Dato' Sri Bung Moktar Radin, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan dan Datuk Joachim Gunsalam.
Turut menyertai senarai penerima suntikan vaksin adalah Datuk Masidi Manjun dan Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.
Ketua Menteri Sabah dijadualkan akan merasmikan pelancaran program itu iada 4 Mac ini.
“Semasa majlis pelancaran tersebut, seramai 60 orang penerima vaksin akan diberi suntikan dan seterusnya dibuatkan pemerhatian gejala selepas vaksinasi.
“Aktiviti vaksinasi akan berterusan selepas majlis tersebut sehingga ke sebelah petang,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.