top of page

Terkini: Kanak-kanak autisme hilang di sungai ditemui meninggal dunia

  • nabalunews
  • Jun 22, 2025
  • 1 min read

21 Jun 2025


KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang, ketika sedang bermain di tepi sungai di Batu Putih, Menggaris, di sini, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, malam tadi.


Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Aqeef Al Tarmiezy, 6, dilaporkan ditemui orang kampung di dalam tasik kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.


Ketua BBP Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, mangsa ditemui pada jam 8.45 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.


Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.40 malam tadi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa disedari hilang oleh ahli keluarganya selepas bermain di tepi sungai berkenaan.


Usaha mencari dan menyelamat (SAR) terus dijalankan pihak berkuasa bersama penduduk sejak jam 2 petang tadi selepas menerima laporan daripada keluarga mangsa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page