TERKINI: PENANGGUHAN PEMBUKAAN TAMAN-TAMAN AWAM DI BANDARAYA
- Wartawan Nabalu News
- Jul 17, 2021
- 1 min read

17 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memutuskan untuk menangguhkan pembukaan semula Taman-Taman Awam di Bandaraya Kota Kinabalu berkuat kuasa serta-merta.
Mayor Bandaraya Noorliza Awang Alip berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kenaikan mendedak kes jangkitan Covid-19 terkini yang membimbangkan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
“Dalam masa yang sama, Taman Awam Tun Fuad Stephens dan Taman Awam Ujana Rimba Tropika juga akan ditutup sehingga pemakluman lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, sebentar tadi.
Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini amat tinggi sebanyak 647 kes kebanyakannya disumbangkan daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu.
Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 312 kes jangkitan yang disumbangkan daripada Kluster Penjara Kepayan.















Comments