top of page
nabalunews

Tiada Ancaman Kedaulatan: Kapal tentera asing berlabuh ikut protokol Wisma Putra - Fahmi Fadzil

10 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Kehadiran dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pulau Pinang tidak menimbulkan isu ancaman kedaulatan negara, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Menurut beliau, kapal perang dari pelbagai negara, termasuk Australia, Amerika Syarikat, India, dan China, sering berlabuh di pelabuhan Malaysia mengikut protokol yang ditetapkan Wisma Putra dengan pengetahuan Kementerian Pertahanan.


Tambah beliau, kebiasaannya, kedutaan atau pewakilan asing akan berhubung untuk menjalankan beberapa aktiviti bagi mengeratkan hubungan antara negara.


Fahmi berkata demikian kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini.


Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap segelintir warganet yang menyebarkan sentimen perkauman dan maklumat palsu mengenai lawatan kapal perang tersebut.


Polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti perkara ini, dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu.

Comments


bottom of page