top of page

TIADA KEPERLUAN DARURAT DILANJUTKAN: PH

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 16, 2021
  • 1 min read


16 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan Darurat dilaksanakan, sebaliknya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat adalah kaedah terbaik dan persidangan Parlimen harus disegerakan.


Ahli jawatankuasa Khas Bebas Darurat itu dianggotai oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Seri Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook.


“Kami juga berpendirian bahawa persidangan Parlimen harus segera diadakan sebagai mekanisma semak dan imbang sesuai dengan prinsip demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.


Menurut kenyataan itu, sejak dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pada awal tahun 2021 dengan fungsi khas menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai pelanjutan atau penamatan darurat, ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat itu telah menyampaikan pandangan-pandangan kepada jawatankuasa berkenaan.


“Pandangan-pandangan ini menyentuh pelbagai perkara dari hal pandemik Covid-19, vaksinasi, kematian harian, kemudahan hospital, keadaan ekonomi negara dan kesan kepada kehidupan rakyat.


“Kami juga menyampaikan pendirian bahawa pendekatan 'Government Intervention' dalam bentuk PKP dan Darurat adalah dua perkara yang berbeza dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya.


Setakat hari ini, jawatankuasa ini masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai tempoh melanjutkan atau menamatkan darurat untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page