TIADA LAGI SEKATAN JALAN RAYA MULAI ESOK
6 DIS 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Tiada lagi sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula esok 7 Disember, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.
Bagaimanapun katanya, PDRM akan terus membuat pemantauan ketat prosedur operasi standard (SOP) di semua lokasi dan tempat tumpuan awam.
“Bermula 7 Disember (esok), tiada lagi sekatan jalan raya oleh PDRM,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini,
Mengenai sekatan jalan raya (SJR), Masidi berkata, sebanyak 65 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 46,698 kenderaan.
“Daripada jumlah tersebut, 62 buah kenderaan diarah berpatah balik. Tiada tangkapan namun 17 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP Covid-19.
Beliau berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin melibatkan 68 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 22 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Comments