top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiada perubahan harga minyak minggu ini

28 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News 


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit petroleum RON97, RON95 dan diesel tidak berubah bagi tempoh seminggu bermula hari ini.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit petroleum RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 28 September hingga 4 Oktober.


Kementerian itu berkata, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.


"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," tambahnya.

Comments


bottom of page