Tidak patuh SOP punca individu divaksin dijangkiti Covid-19
nabalunews

1 Ogos 2021
Oleh Marryan Razan
KOTA KINABALU: Sebanyak 181 kes daripada 1,002 kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini dikaitkan dengan mereka yang telah menerima dos 1 dan 2 dos.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, keadaan ini menunjukkan bahawa kesan ketidakpatuhan terhadap SOP membolehkan mereka yang telah divaksin juga turut dijangkiti COVID-19.
“Isu pematuhan SOP haruslah dipandang berat oleh masyarakat dalam usaha bersama-sama memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam membendung pandemik yang semakin melonjak di Sabah ketika ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Masidi berkata, bagi 10 kes yang di kesan di Long Pasia, sembilan kes daripada individu belum di vaksin dan satu kes daripada individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.
Beliau berkata, walaupun pihak kerajaan telah melaksanakan Program Jiwa Murni (ACMVP) 24 hingga 26 Jun (dos 1) dan 14 hingga 17 Julai (dos 2) secara menyeluruh di perkampungan tersebut, namun isu ketidakpatuhan SOP menyebabkan mereka dijangkiti.
Comments