top of page

Tiga Atlet UMS Terima Insentif Khas

  • nabalunews
  • Jul 8, 2025
  • 1 min read

8 Julai 2025


KOTA KINABALU: Tiga atlet yang bakal menyertai kejohanan berprestij Sukan Universiti Dunia (WUG) di Rhine-Ruhr, Jerman, menerima insentif khas daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Pemberian insentif berkenaan adalah sebagai tanda sokongan universiti kepada atlet yang berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa.


Kejohanan yang berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai ini akan diwakili Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial); Farrel Glenn Felix Jurus (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan) dan ⁠Hizilawanty Jamain (Fakulti Pendidikan Dan Pengajian Sukan).

Majlis penyerahan insentif disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor di Bangunan Canselori di sini pada Isnin.


Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah Pusat Sukan

Ahmadi Nurdin dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Prof. Dr. Ismail Ali.


Dr. Kasim berkata, pemberian insentif itu juga adalah sebagai pembakar semangat buat atlet lain di kampus untuk berjaya dalam bidang sukan.


“Kejohanan ini dianjurkan secara dwi tahunan dan menghimpunkan atlet universiti dari seluruh dunia.


"Kita berharap mereka bukan sahaja membawa pulang pengalaman berharga, tetapi juga mengharumkan nama negara dan universiti,” katanya.


Sukan Universiti Dunia merupakan antara platform tertinggi bagi atlet universiti menonjolkan potensi mereka di pentas global.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page