top of page
Wartawan Nabalu News

TIGA KLUSTER BAHARU, DIKESAN MELALUI SARINGAN PEKERJA GEDUNG PAKAIAN, LADANG


Gambar Hiasan

3 Feb 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan Kota Kinabalu, Beluran dan Tawau yang dikesan melalui saringan pekerja.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu itu dikenali sebagai Kluster Jalan Satu, Kluster Ladang Tangkarason dan Kluster Bandar Lama.


"Kluster Jalan Satu, KKIP di Kota Kinabalu dan Tuaran mencatatkan pertambahan tiga kes positif Covid-19 pada hari ini.


"Kes indeks merupakan pekerja di gedung pakaian di Kota Kinabalu yang dikesan melalui

saringan sebelum masuk kerja. Wabak kemudiannya tersebar kepada keluarga iaitu pekerja gudang di KKIP.


"Hasil saringan kontak rapat mendapati 29 lagi kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30 kes," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, Kluster Ladang Tangkarason di Beluran pula merekodkan 16 kes baharu dan kes indeks merupakan pekerja yang dikesan melalui saringan pekerjaan pada 01 Februari lalu setelah mengalami gejala.


"Hasil saringan kontak rapat dan tempat kerja mendapati 15 lagi kes positif Covid-19 dikesan bagi kluster ini," katanya.


Beliau berkata, Kluster Bandar Lama di Tawau setakat hari ini mendapati pertambahan lima kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 24 kes positif Covid-19.


"Kes indeks merupakan seorang pekerja di pusat bandar yang dikesan melalui saringan bergejala pada 21 Januari lalu.


"Pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan," katanya.

Comentarios


bottom of page