top of page

Timbalan Menteri kesal tuduhan dikaitkan kes Zara Qairina

  • nabalunews
  • Jul 30
  • 1 min read

ree

30 Julai 2025


KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menyuarakan rasa kesal terhadap tuduhan yang cuba mengaitkan beliau dan isteri dengan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Mustapha berkata, tuduhan berkenaan dikeluarkan semasa perbahasam Rang Undang-Undang Pendidikan.


“Masa perbahasan Rang Undang- Undang Pendidikan, ada juga Ahli Parlimen yang antaranya merupakan peguam cuba mengaitkan saya dengan kes Allahyarhamah anakanda Zara Qairina.


“Seolah-olah saya berperanan sebagai VVIP yang cuba melindungi individu2 yang terlibat dalam kes ini terutama isteri saya yang sudah pun membuat penafian dan disiarkan dalam media utama dan sosial,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.


Beliau turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang disifatkannya berpengalaman luas sebagai peguam dan pernah memegang jawatan menteri, namun tetap menggunakan maklumat yang didakwanya berunsur fitnah.


“Saya cabar beliau untuk membuat kenyataan di luar Parlimen. Berani kerana benar, takut kerana salah,” katanya.


Dalam pada itu, Mustapha juga menzahirkan harapan agar pihak berwajib dapat merungkai kes tersebut seterusnya memberi keadilan kepada keluarga mangsa.


Semalam, Datin Rosnih Nasir yang juga bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan dalam tragedi mengorbankan pelajar sekolah itu.


Rosnih menjelaskan sudah bersara dan tidak terbabit dalam sebarang urusan pentadbiran sekolah ketika insiden berkenaan.


Beliau berkhidmat sebagai Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha dari 10 Mac hingga 22 November tahun lalu sebelum bersara daripada perkhidmatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page