top of page

Tindakan pantas jiran berjaya kawal kebakaran daripada merebak

  • nabalunews
  • Apr 9
  • 1 min read


9 April 2025


SEPANGGAR: Tindakan pantas jiran berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah mesin basuh di Kompleks Perumahan Persekutuan Indah Permai, Sepanggar tengah hari tadi, sekali gus mengelakkan kejadian daripada merebak ke struktur bangunan rumah berkenaan.


Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 12.08 tengah hari dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba di lokasi pada jam 12.23 tengah hari.


“Komander Operasi (K/O) lapor kebakaran melibatkan mesin basuh yang diletakkan di belakang luar rumah tidak melibatkan struktur bangunan. Tindakan pemadaman awal oleh jiran sebelah menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba,” menurut kenyataan itu.


Operasi pemadaman diteruskan oleh pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki, dua pancutan serta sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.


Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu. Pemeriksaan lanjut turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi bahaya wujud sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.42 tengah hari.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page