top of page

Tokan dadah ditahan bersama 5.04 gram Syabu

nabalunews

17 Ogos 2024 

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing dipercayai tokan dadah bersama 5.04 gram syabu dianggarkan bernilai RM550 dalam serbuan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 sekitar jam 3.30 petang, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 38 tahun itu ditangkap sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau hasil maklumat dan risikan.


"Ketika serbuan, suspek berada di sebuah bilik dalam rumah itu dan menyerahkan sendiri satu paket plastik lutsinar kepada polis semasa pemeriksaan.


"Paket itu didapati mengandungi sejumlah 20 paket plastik lutsinar berlainan jenis dan setiap satunya berisi ketulan hablur lutsinar disyaki Syabu dengan anggaran berat kasar 5.04 gram," katanya dalam kenyataan media hari ini.


Jasmin berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan Tetra Hydro Cannabinol (THC) atau ganja.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.


Ketika ini juga, tambahnya, polis masih menyiasat dan melakukan risikan bagi mengenalpasti individu lain serta sumber bekalan dadah yang diperoleh.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page