Tradisi Sambutan Natal Gereja SIB Lahanas Sokid diteruskan
8 Disember 2024
KOTA BELUD : Acara tahunan sambutan Natal bagi Wira dan Wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung dan menghayati makna Hari Natal berlangsung meriah di Kampung Lahanas Sokid pada Sabtu.
Sebanyak 80 umat hadir dalam acara penuh bermakna itu yang disambut dalam suasana penuh keceriaan.
Acara ini turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti, antaranya ibadah, sesi bertukar-tukar hadiah serta makan bersama.
Sambutan kali ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Umat gereja merakamkan penghargaan
kepada individu-individu yang telah menyumbang bagi penganjuran majlis ini
khususnya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Pengerusi program, Pinol Timon, turut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan acara ini, serta berharap agar semangat kebersamaan ini dapat terus dipupuk dalam kalangan umat gereja SIB.
Kommentarer