top of page

Tuaran tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan tahun ini

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 11, 2023
  • 1 min read


11 Feb 2023


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitinganberkata, pelancaran sambutan Pesta Kaamatan tahun ini akan diadakan di Tuaran.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah berkata demikian pada mesyuarat pertamanya di dewan serbaguna Wisma Pertanian di sini, pada Jumaat.


Mesyuarat itu juga menyaksikan dua daerah lain, Ranau dan Sandakan disenarai pendek sebagai tempat acara.


Penganjuran pesta selama sebulan itu yang berlangsung pada bulan Mei setiap tahun, disambut secara tradisi oleh masyarakat orang asal di Sabah khususnya Kadazandusun. Bagaimanapun, ianya juga diraikan oleh semua masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.


Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan akan diadakan pada 30 dan 31 Mei di Hongkod KoisaanKDCA Penampang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page