top of page

TUJUH KEMATIAN, 129 KES POSITIF BAHARU COVID DIREKODKAN DI SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 22, 2021
  • 1 min read

Updated: Jun 23, 2021


ree

22 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 193 kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu meningkat 27 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif 67,900 kes dan tiga kematian direkodkan iaitu dua di Tawau dan satu di Sandakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 193 jangkitan baharu hari ini, 84 kes adalah hasil saringan kontak rapat, 48 kes saringan kluster, 17 kes saringan bergejala, 32 kes saringan bersasar dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kudat mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 31 kes, diikuti Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing 25 kes, Kota Belud dan Putatan masing-masing 19 kes, Tuaran (15 kes), Semporna (lapan kes), serta Papar dan Keningau masing-masing lima kes.


"Manakala Penampang dan Lahad Datu masing-masing merekodkan empat kes, Kunak (tiga kes), serta Sandakan dan Sipitang masing-masing dua kes," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Sebanyak 11 daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Kalabakan, Tongod, Pitas, Ranau, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan.


Berkenaan jumlah kes sembuh Masidi berkata, seramai 319 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 65,557 orang.


“Seramai 1,473 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 451 orang di hospital, 1,020 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 69 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page