top of page
  • Wartawan Nabalu News

TUJUH KEMATIAN, 129 KES POSITIF BAHARU DIREKODKAN DI SABAH HARI INI



23 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 129 kes positif baharu Covid-19 hari ini iaitu menurun 64 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif 68,029 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata tujuh kematian direkodkan iaitu dua di Tawau, dan satu kes masing-masing di Sandakan, Kunak, Kudat, Penampang dan Keningau.


Masidi berkata, daripada 129 kes jangkitan baharu hari ini, 66 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 15 kes adalah daripada saringan bergejala, sembilan kes daripada saringan bersasar dan 10 kes adalah daripada lain-lain kes.


"Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Papar (18 kes), Tawau (16 kes), Kudat (sembilan kes), Semporna dan Kota Marudu masing-masing dengan tujuh kes, Kota Belud dan Penampang masing-masing enam kes, dan empas kes direkodkan di Sandakan.


"Manakala Keningau, Lahad Datu dan Kunak pula masing-masing merekodkan tiga kes, Beaufort, Tuuaran, Pitas dan Kalabakan masing-masing dengan dua kes serta satu kes direkodkan di Sipitang dan Nabawan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.


Sebanyak sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan.


"Terdapat trend pelandaian kes jangkitan baharu harian serta peningkatan jumlah daerah Zon Hijau kepada dua daerah kini namun, dengan jumlah catatan sebanyak 66 kes daripada Saringan Kontak Rapat.


"Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.


Berkenaan jumlah kes sembuh Masidi berkata, seramai 338 pesakit Covid-19 telah sembuh atau discaj dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 65,895 orang.


“Seramai 1,412 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 442 orang di hospital, 959 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 72 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Comments


bottom of page