top of page
  • nabalunews

Tumpahan merkuri di Terminal Penerbangan Minyak Petronas

21 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Pasukan bomba terpaksa dikerah untuk membersihkan tumpahan cecair merkuri selepas insiden termometer pecah di Terminal Penerbangan Minyak Petronas Jalan MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung m kejadian itu jam 6.50 pagi.


Katanya sepasukan pegawai dan anggota serta pegawai dari BBP Kota Kinabalu ke lokasi kejadian yang terletak 7 kilometer dari balai.


“Cecair merkuri itu tumpah di luar bangunan terminal dan pasukan bomba dengan set pakaian pelindung diri (PPE) lengkap bertindak membersihkan tumpahan merkuri menggunakan ‘chemical binder’.


“Sisa merkuri kemudian dimasukkan ke dalam plastik dan diserahkan kepada pihak keselamatan bangunan bagi tujuan pelupusan,” katanya sambil menambah tiada mangsa dilaporkan dalam kes ini.


Beliau berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 7.18 pagi.


Selasa lalu, pasukan bomba turut membersihkan tumpahan berbahaya sama selepas kejadian termometer pecah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St.John Tuaran.

Kommentare


bottom of page