top of page

UKKM pilihan pelajar lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi

nabalunews

13 Disember 2024


TELUPID : Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Felix Joseph Saang menyempurnakan sesi taklimat mengenai peluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UKKM kepada pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6, guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid di Dewan IPS, Telupid pada Khamis.


"Semoga Taklimat UKKM pada hari ini telah memberikan manfaat kepada para pelajar. UKKM komited untuk menjadi universiti yang cemerlang dalam bidang kebitaraan keusahawanan dan koperasi.


"Terima kasih kepada pihak Pegawai Pendidikan Daerah Telupid-Tongod dan SMK Telupid di atas sokongan dan komitmen untuk melaksanakan progam tersebut," katanya dalam catatan di laman Facebook pada Khamis.


"Mudah-mudahan UKKM akan menjadi salah satu pilihan atau alternatif kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi," katanya lagi.


UKKM menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang memfokuskan bidang koperasi dan keusahawanan dan menawarkan pengajian peringkat diploma sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah.


UKKM menawarkan program pengajian Diploma Keusahawanan Koperasi, Diploma Pengurusan Koperasi, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Koperasi), Ijazah Sarjana Muda (Keusahawan Koperasi), Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Koperasi) dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan.

Komentáře


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page