top of page

UMNO Sabah harus berlapang dada jalin kerjasama dengan parti lain

  • nabalunews
  • Feb 24
  • 1 min read

24 Februari 2025


KOTA KINABALU: Pemimpin UMNO Sabah disarankan supaya berlapang dada dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu mengutamakan kepentingan rakyat di negeri ini.


Katanya, pemimpin UMNO Sabah juga dinasihatkan supaya tidak hanya memikirkan kepentingan sesuatu parti semata-mata.


"Saya nyatakan bahawa kita sangat terbuka untuk jalinan gabungan, jadi kita mengadakan perundingan dengan semua pihak.


“Yang penting rakyat mesti diberikan keutamaan supaya masalah politik ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Rancangan Tebatan Banjir, di Kapayan, di sini, hari ini.

Zahid berkata, apa yang penting, pemimpin-pemimpin utama parti itu harus berfikiran lebih terbuka dan berlapang dada demi kepentingan rakyat.


Katanya, UMNO sangat fleksibel dalam mengadakan rundingan untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti di negeri ini.


“Ia boleh direalisasikan demi kestabilan politik negara yang akan membawa manfaat kepada rakyat Sabah.


"Saya sebutkan bahawa pintu jangan ditutup rapat dan jangan dibuka terlalu luas. Ertinya kita sangat fleksibel untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti supaya gabungan ini membawa keberhasilan bagi mewujudkan kestabilan politik khususnya di negeri Sabah,” katanya.


Sementara itu, ditanya sama ada berlaku sebarang rundingan kerjasama rasmi termasuk GRS, Zahid menegaskan belum berhasrat untuk berkongsi maklumat mengenainya.


"Seperti yang saya katakan, kami sangat terbuka dan kami tidak seharusnya berhenti berunding atau berbincang dengan mana-mana pemimpin politik demi kepentingan Sabah," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page