top of page

UMS terima sumbangan RM 200,000 untuk projek kajian, pembudayaan STEM

nabalunews


3 Disember 2024

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan berjumlah RM 200,000 bagi pelaksanaan projek kajian dan pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) oleh universiti.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Synerlitz, Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly yang mewakili UMS dalam satu acara bersempena dengan Pertandingan Golf Amal Sempena Projek Loji Tenaga 100MW di Kimanis anjuran Synerlitz (M) Sdn Bhd.

Turut menyaksikan simbolik penyerahan Mock Cheque tersebut Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr Hj Safar Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif Synerlitz, Datuk Michael Lee.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, dana tersebut akan dimanfaatkan oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, di bawah pimpinan Pengarah PPST, ChM. Dr. Newati Wid, untuk melaksanakan projek kajian STEM dan inisiatif membudayakan STEM dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“UMS merakamkan penghargaan atas sumbangan ini, yang dijangka memberi impak besar kepada pendidikan sains dan teknologi serta menyumbang kepada pembinaan generasi masa depan yang lebih berdaya saing,” demikian kenyataan dari UMS.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page