Update: Lelaki Ditemui Maut Dibaham Buaya
- nabalunews
- May 26
- 1 min read

26 Mei 2025
KINABATANGAN: Seorang lelaki yang hilang selepas dibaham buaya di Sungai Ladang Linddale, di sini, ditemui meninggal dunia.
Mangsa yang dikenali sebagai Jufri Untung, 30, ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang, pada jam 1.40 petang tadi.
Difahamkan, mangsa disedari rakannya dibaham reptilia berkenaan semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan berkenaan pada jam 6 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.08 pagi.
Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Pasukan operasi tiba di lokasi yang terletak sejauh 50 kilometer dari BBP Kinabatangan, pada jam 7.22 pagi dan mengesahkan kejadian memang benar berlaku.
“Pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa secara 'Surface Seaching' di kawasan sekitar tepi sungai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sebaik ditemui, mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Comments