top of page

UPKO HULUR BANTUAN MANGSA BANJIR TENOM

Wartawan Nabalu News

Ewon (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Gideon.

24 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir Tenom melalui kepimpinan parti itu di daerah tersebut.


Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada UPKO Bahagian Tenom yang diwakili oleh Ketua Pemuda, Gideon Gadit.



“Kami berkongsi kesusahan yang sedang dialami oleh para penduduk di Tenom yang dilanda banjir. Banyak kemusnahan dan kerugian telah dialami.


“Bantuan ini mungkin tidak seberapa, tetapi ini UPKO Tenom akan terus melayani masyarakat di sana, khususnya ahli-ahli kita di sana. Semoga ini dapat meringankan bebanan yang sedang dialami,” kata Ewon.


Sementara itu, Gideon menyatakan bahawa UPKO Tenom menyedari tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk membantu penduduk terjejas terutama ahli-ahlinya.



“Justeru, kami berterima kasih kepada Datuk Ewon di atas sumbangan ini yang akan digunakan untuk menyediakan bakul makanan kepada penduduk terjejas setakat mana yang boleh. Di peringkat UPKO Tenom, kami juga berusaha untuk menambah sumbangan yang telah diberikan.


“Kami juga menghargai sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan oleh pihak Kerajaan, pejabat daerah, Wakil-Wakil Rakyat di Tenom serta semua pihak yang telah membantu. Kita sama-sama doakan agar semua penduduk terjejas dapat diberikan kesabaran dalam menghadapi bencana ini,” katanya.

Comentários


bottom of page