top of page

UPKO Keningau Hulur Sumbangan Kepada Pesakit Strok

  • nabalunews
  • Feb 3
  • 1 min read

3 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau terus menyantuni rakyat menerusi penyerahan sumbangan kepada pesakit strok di Kampung Mararagang, Apin-Apin, di sini, semalam.


Sumbangan disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) UPKO Bingkor, Kennedy John, yang mewakili Ketua Bahagian, Datuk Laurentius N. Ambu, kepada pesakit, Hendry Kandoi.


Kennedy berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan ikhlas daripada ahli UPKO yang prihatin terhadap keadaan Hendry.

Katanya, ia digunakan untuk membeli keperluan asas seperti tilam, bantal, kerusi roda serta sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga dan pesakit.


“Kita mengutamakan barang-barang pesakit khususnya dalam aspek keperluan asas dan mobiliti.


"Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan kesukaran yang dihadapi oleh saudara Hendry dan keluarganya,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan berkenaan, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian, Japrin Tunjan, Exco Wanita, Prisca Payayau serta Ketua Pemudanya, Jeffson Japrin.


Kennedy berkata, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial parti dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga.


Katanya, inisiatif bantuan seperti ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak.


“Kita berharap lebih banyak pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), individu persendirian dan syarikat swasta untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page