Upko Kuala Penyu hulur sumbangan bakul makanan
- Wartawan Nabalu News
- Aug 31, 2021
- 1 min read

31 Ogos 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA PENYU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Kuala Penyu menyampaikan sumbangan bantuan bakul makanan kepada keluarga terjejas di daerah itu. Setiausaha Agung Upko Nelson W.Angang berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga berkenaan. “Dalam situasi semasa yang masih membimbangkan dan mengakibatkan keadaan ekonomi yang tidak stabil, ramai rakyat terjejas secara berterusan dalam mencari pendapatan harian.

“Kita cuba memberi bantuan yang seadanya untuk meringankan bebanan mereka yang terkesan teruk akibat daripada pandemik Covid-19,” katanya. Nelson menyampaikan bantuan bakul makanan kepada beberapa keluarga yang terjejas di sekitar Kuala Penyu dengan mematuhi SOP. “Kita akan cuba usahakan lagi untuk membantu mereka yang amat memerlukannya,” katanya.















Comments