UPKO Labuan serahkan baju T dan jersi untuk murid Sekolah St Anne Labuan
- nabalunews
- Aug 20, 2024
- 1 min read

20 Ogos 2024
LABUAN: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Labuan prihatin dengan keperluan murid serta pelajar sekolah di pulau bebas cukai itu.
Ketua Bahagian UPKO Labuan, Macguel Sagundai menyerahkan sumbangan - baju T dan jersi untuk kegunaan aktiviti sukan murid Sekolah St Anne Labuan.
Sumbangan disampaikan kepada Guru Besar Sekolah St Anne Labuan,.Cecelia Chua dan guru sekolah, Romeno Suali.
Turut hadir pada program 7 Ogos lalu ini ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian UPKO Labuan.















Comments