top of page
nabalunews

UPKO Labuan terima 50 ahli baharu


2 Ogos 2024


LABUAN : Perjuangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk rakyat berbilang kaum di Wilayah Persekutuan Labuan terus mendapat sambutan dan sokongan masyarakat di pulau bebas cukai itu.


Baru-baru ini UPKO menerima penyertaan 50 ahli baharu yang mahu bersama-sama dalam perjuangan keluarga besar UPKO di Labuan.


Borang Keahlian UPKO Labuan dari 50 ahli baharu itu diserahkan kepada Ketua Bahagian UPKO Labuan, Macguel Sagundai pada 31 Julai.


Melalui penyertaan ahli terbaharu itu ke dalam parti, UPKO Labuan akan berusaha lebih kuat dan gigih lagi untuk memperkasakan parti demi rakyat sejajar dengan agenda perjuangan parti.


Selain itu UPKO Labuan juga akan terus fokus dalam agenda perjuangan parti demi rakyat.


UPKO Labuan mengucapkan "selamat menyertai keluarga besar UPKO dan Selamat Berjuang".

Comments


bottom of page