top of page

UPKO PDM Kinasaraban Kota Belud Adakan Mesyuarat Pertama 2025

  • nabalunews
  • Apr 1
  • 2 min read


ree

1 April 2025


KOTA BELUD: Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kinasaraban Kota Belud telah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2025, membincangkan pelbagai isu termasuk pembangunan infrastruktur, ekonomi, serta situasi politik semasa di kawasan masing-masing.


Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Cawangan UPKO Kampung Mandap, Sekil Bandaron, menekankan keperluan segera terhadap projek infrastruktur yang telah dipohon namun masih menunggu keputusan. Beliau berharap agar pihak berkaitan dapat mempercepatkan kelulusan bagi memastikan kesejahteraan penduduk terjamin.


Sementara itu, Ketua Cawangan UPKO Kampung Kinasaraban, Lucy Bolong, mengutarakan isu pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pembinaan jalan pintas Pirasan. Menurut beliau, beberapa pemilik tanah masih menunggu pampasan yang dijanjikan, dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera bagi memastikan kelancaran projek berkenaan.


Selain itu, isu berkaitan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) turut dibangkitkan, di mana terdapat beberapa penduduk yang layak tetapi masih belum menerima rumah seperti yang dijanjikan.


Ketua PDM Kinasaraban, Taripin Gindok, yang juga Ketua Cawangan UPKO Bongol, mengetengahkan isu-isu politik semasa yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan parti. Beliau menekankan kepentingan penyelarasan strategi politik serta persiapan jentera pilihan raya bagi memastikan sokongan rakyat kepada UPKO terus kukuh.


Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin, yang juga Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, turut hadir memberikan taklimat mengenai perkembangan politik semasa dan langkah-langkah penyelarasan jentera parti di setiap PDM.


Hadir sama dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Kadamaian, Juin Kolod, serta beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PDM Kinasaraban.


Mesyuarat ini diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama antara pemimpin akar umbi dan memastikan setiap isu yang dihadapi oleh penduduk dapat dibawa ke perhatian pihak yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page