top of page
  • Wartawan Nabalu News

UPKO sedia bantu perbetulkan maklumat mengikut rekod pengundi


Datuk Wong Thien Fook

20 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Bakal pengundi berusia 18 tahun ke atas digesa supaya melakukan semakan daftar pemilih bagi mengesahkan rekod maklumat masing-masing.


Naib Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Bersatu (UPKO) Datuk Wong Thien Fook berkata, ini penting bagi mengemaskini alamat terkini bagi mengelak kesilapan tempat mengundi.


“Sekiranya terdapat kesilapan pada rekod daftar pemilih, mereka harus segera membuat aduan bagi membuat pembetulan mengikut rekod sepatutnya.


“Kita di pihak UPKO bersedia membantu orang ramai memperbetulkannya mengikut rekod pengundi sendiri.


“Orang ramai boleh menghubungi saya melalui whatsapp ditalian 019-8806731 sekiranya memerlukan bantuan dalam urusan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Thien Fook berkata, pengundi baharu perlu memandang serius untuk menyemak status mereka agar dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Katanya, ia termasuk memastikan mereka dapat keluar mengundi di tempat mengundi yang paling dekat ataupun selaras dengan alamat seperti tertera di Mykad masing-masing.


“Inilah ruang dan peluang untuk rakyat memilih pemimpin dan kerajaan yang mereka inginkan melalui proses demokrasi,” katanya.


Sementara itu, Thien Fook berkata, mengikut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 5.8 juta pemilih termasuk mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas sudah didaftarkan dan layak mengundi selepas 16 Januari tahun ini.


Katanya, daripada jumlah itu, 1.2 juta pengundi membabitkan blok pemilih baru berusia 18 tahun dan selebihnya berusia 21 tahun ke atas.


“Mengikut kepada SPR, semakan boleh dibuat secara atas talian di laman portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my,” katanya.



תגובות


bottom of page