top of page

UPKO TENOM HULUR SUMBANGAN MANGSA BANJIR

  • Wartawan Nabalu News
  • May 27, 2021
  • 1 min read


27 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Petubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tenom menyampaikan bantuan untuk penduduk kampung kawasan itu yang terjejas banjir.


UPKO Tenom diketuai Pemangku Ketua Bahagian Junik bersama ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian menghantar bantuan iaitu 150 kampit beras dan keperluan makanan lain ke Paroki St Anthony Tenom untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung.




Turut menerima sumbangan Rev. Father Roney Mailap, Sister Evelyn, Tuan Primus Koh Pengerusi Biro Tindakan Gereja dan Tuan Usop Bantas Ahli Majlis Gereja.


Sumbangan keperluan makanan juga disampaikan kepada beberapa keluarga di kampung yang terjejas iaitu Kg Makakagas, Kg Uloi, Kg Tumantalik, Kg Makakumpai, Kg Kanar, Kg Seri Menanti dan Kg Bunut.


Pemangku Ketua Bahagian juga menghantar Beras dan Air Mineral di Pejabat Daerah Tenom untuk diagihkan di kawasan Kemabong.




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page