top of page
nabalunews

UPKO tubuhkan 2 cawangan baharu di Sook


10 Disember 2024


SOOK : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) terus mengorak langkah mendekati dan berkhidmat untuk masyarakat di peringkat akar umbi menerusi penubuhan dua lagi cawangan baharu, di Kampung Bunang Ulu dan Kampung Salir, Sook.


Borang penubuhan cawangan baharu UPKO diserahkan oleh Ketua Cawangan Kincon Kium dengan keahlian seramai 210 orang kepada Ketua Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) UPKO Sook, Mohd Khairy Abdullah @ Henry.


Kincom memaklumkan bahawa beliau menunggu masa yang terlalu lama untuk menyertai parti pimpinan Datuk Ewon Benedick akibat masalah komunikasi


Kincom berkata mereka tidak pernah menyertai mana-mana parti siasah sebelum ini.


"Bagi pihak parti, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Team UPKO Sook, - Setiausaha CLC Sook Januin Jonad, Ketua Wanita Rosanna Edeza, Naib Dominic Meringking, Ketua Pemuda Christopher Dominik, Timbalan Ketua Wanita, Martha Odoi, Ketua Generasi Muda UPKO, Frensilajane Dominic dan Setiausaha Pergerakan Wanita Harmah Mohamad di atas kecekalan dan terus konsisten memperkasakan sokongan UPKO di N. 45 Sook. Tahniah untuk kita semua," kata Mohd Khairy.

Comments


bottom of page