top of page

Venue pertandingan sugandoi dipindahkan susulan runtuhan tanah di jalan Sepulut - Pagalungan

  • nabalunews
  • May 1, 2025
  • 1 min read


Beginilah keadaan runtuhan tanah di jalan Sepulut, Salong Pagalungan
Beginilah keadaan runtuhan tanah di jalan Sepulut, Salong Pagalungan

1 Mei 2025


NABAWAN: Venue Pelancaran dan Pertandingan Akhir Sugandoi sempena Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan 2025 dipindahkan ke Dewan Terbuka Majlis Daerah Nabawan.


Ia berikutan lokasi pertandingan yang sepatutnya diadakan pada 2 Mei itu terputus hubungan akibat berlakunya tanah runtuh.


Pegawai Daerah Nabawan Ts.Marshal Anthony @ Idham berkata, pemindahan disebabkan berlakunya insiden tanah runtuh jalan Sepulut ke Pagalungan.


Katanya, runtuhan tanah di jalan berhampiran Kampung Tavilik menyebabkannya tidak dilalui sebarang jenis kenderaan.


“Walaubagaimanapun, tarikh pertandingan tidak berubah dan masanya pula tertakluk kepada keputusan pihak penganjur,” katanya.


Sementara itu, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Nabawan Ahmad Fairuz Yunus berkata, Jalan Sepulot - Salung, Pagalungan, terputus hubungan berikutan kejadian tanah runtuh kira-kira Jam 3 petang.


Katanya, runtuhan berkenaan kini dalam tindakan kontraktor yang sedang berusaha menyediakan laluan satu arah buat sementara waktu agar boleh dilalui oleh kenderaan.


"Kawasan runtuhan sejauh lebih kurang 300 meter adalah berskala besar yang melibatkan satu bukit.


“Ia memungkinkan kerja-kerja menyediakan laluan sementara akan mengambil masa 1-3 hari bergantung dengan keadaan cuaca,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page