top of page

Video tular, Masidi beri keterangan kepada SPRM

  • nabalunews
  • Dec 4, 2024
  • 1 min read


4 Disember 2024


KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung video dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan beliau.


Masidi berkata, beliau datang sendiri secara sukarela dan tanpa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Kinabalu jam 8 malam tadi untuk memberi keterangan kepada agensi penguat kuasa berkenaan.


"Saya ingin memaklumkan saya secara sukarela dan tanpa dipanggil oleh pihak SPRM sudah memberi keterangan berkenaan video yang tular di pejabat SPRM Kota Kinabalu pada 8 malam.


"Seperti yang saya sudah dimaklumkan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menyiasat isu ini.


"Kunjungan saya ke Pejabat SPRM malam ini adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongan saya kepada usaha SPRM membanteras rasuah di negeri ini," katanya dalam kenyataan, malam ini.


Dalam kenyataannya petang Selasa, Masidi mendakwa video memaparkan perbualannya dengan seorang individu berhubung dana RM300,000 yang dikaitkan dengannya sudah disunting.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page