WAN ASSHIMA HADAPI SAMAN KERANA HINA KRISTIAN DI FACEBOOK

23 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Seorang personaliti media sosial berdepan saman susulan perbuatannya menghina penganut agama Kristian menerusi Facebook.
Saman itu difailkan oleh Peguam Marcel Jude A/L M S Joseph sebagai plantif di Mahkamah Sesyen Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu dan sudah diserahkan kepada pihak personaliti terbabit yang juga defendan dalam kes ini Puan Wan Asshima Kamaruddin.
Marcel Jude, dalam hujahnya, berkata kenyataan yang dilafazkan oleh defendan amat serius yang terjumlah kepada pelanggaran hak asasi penganut Kristian di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan mengembangkan agamanya.”
Mengikut saman pemula itu, defendan Wah Asshima diberi tempoh 14 hari untuk memasukkan kehadiran dalam tindakan itu dan mempertahankan tindakan itu oleh seorang peguam atau secara peribadi.
Jika defendan gagal memasukkan kehadiran dalam had masa, penghakiman ingkar boleh diperolehi terhadapnya.
留言