top of page

Wanita maut, tiga cedera parah, kemalangan di Jalan Lintas

nabalunews

22 Disember 2024


KOTA KINABALU: Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lintas berhampiran Starbucks di sini, malam ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.19 malam.


Katanya sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.


"Kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Honda Accord.


"Terdapat 4 orang mangsa didalam kenderaan Honda Accord, 3 orang daripadanya mengalami cedera parah dan seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Agustavia berkata mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan abulans KKM dan jentera EMRS Bomba bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.


"2 orang mangsa di dalam kenderaan Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.


Katanya mangsa yang meninggal dunia adalah seorang wanita berusia 58 tahun di dalam kereta Honda Accord.


Manakala 3 yang cedera parah kesemuanya lelaki berusia 15, 23 dan 61 tahun.


Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi bomba ditamatkan jam 10:15 malam.

Comentários


bottom of page