top of page
Wartawan Nabalu News

WANITA UPKO ANJUR PROGRAM DERMA DARAH DI BUHAVAN SQUARE PENAMPANG, 27 MAC INI


Brisan Exco Pergerakan Wanita UPKO.

22 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Exco Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kesejahteraan Wanita dan Keluarga (PELITA) dan Persatuan Talasemia Sabah akan menganjurkan Program Menderma Darah pada 27 Mac ini.


Pengerusi Penganjur Felimena Andreas berkata, program itu akan diadakan di Ruang Legar Buhavan Square Penampang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.


"Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai program ini bagi membantu mengisi tabung darah hospital yang kini berhadapan kekurangan bekalan darah.



Dari kiri Pn Rowindy, Pn Felimena, Datin Juliana, Cik Nazlin (Ahli jawatankuasa Program Menderma Darah),

"Kami hanya menyasarkan seramai 100 penderma darah pada hari berkenaan. Setiap orang akan menerima 5kg beras sebagai saguhati," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Felimena berharap melalui program ini akan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah yang mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.



“Orang ramai yang ingin menderma darah tidak perlu risau kerana proses menderma darah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.


Exco Pergerakan Wanita UPKO turut merakamkan jutawan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick, Naib Presiden UPKO, Alix Sunggin Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (PENDARAH) serta ahli UPKO yang lain atas sumbangan beras semasa Kempen ini.


Selain Program Menderma Darah, Exco Pergerakan Wanita UPKO juga sedang merancang untuk mengadakan pertandingan Ati-ati dan Cladium.



Comments


bottom of page