top of page
Search

Wanita UPKO Kimanis sokong perjalanan akademik pelajar universiti

nabalunews


7 Oktober 2024


KIMANIS : Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kimanis meneruskan inisiatif dalam menyokong anak-anak ahli parti yang melanjutkan pelajaran, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan semangat mereka dalam mengejar ilmu pengetahuan.


Semalam, Ketua Wanita UPKO Kimanis, Florance Godfrey, telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada Pergerakan Wanita UPKO Kimanis kepada Oliver Albert, anak kepada seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UPKO, yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada Oliver atas pencapaian cemerlang ini, Florance turut menyampaikan harapan agar Oliver terus berusaha gigih dalam menimba ilmu dan menghadapi cabaran sebagai seorang mahasiswa.


"Kami sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, dan semoga Oliver terus sukses dalam pengajian serta berjaya mencapai cita-citanya," kata Florance.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page