- Wartawan Nabalu News
Wanita UPKO Kinabatangan anjur Kursus Asas Membuat Roti dan Bun

25 Jun 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KINABATANGAN: Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kinabatangan menganjurkan Kursus Asas membuat roti dan bun di Kg.Maliau Tongod, kelmarin.
Ketua Wanita UPKO Mohina Sidom berkata, ia adalah antara aktiviti tahunan Pergerakan Wanita UPKO khusus untuk PDM Mananam.
Beliau berkata, kursus itu disertai 26 peserta daripada lima kampung iaitu Kg.Maliau, Kg.Mananam, Kg.Napagang, Kg.Lanung dan Kg.Langkabong.
“Kursus seumpama ini telahpun dianjurkan di PDM Tongod dan Penangah untuk wanita-wanita di kawasan itu dan kali ini kita menganjurkan kursus ini di PDM Mananom bagi memberi peluang kepada lebih ramai wanita menyertainya,” katanya.

Mohina berkata, kursus itu akan diteruskan di PDM lain di DUN Kuamut.
“Tujuan kursus adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada wanita dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Tongod,” katanya.
Selepas perasmian kursus, Mohina turut menyampaikan surat lantikan kepada ketua-ketua cawangan PDM Mananam.
