top of page

Wanita warga asing bawa senjata tajam dalam kenderaan ditahan

  • nabalunews
  • Sep 9, 2024
  • 1 min read

9 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang wanita warga asing ditahan selepas didapati membawa senjata tajam di dalam sebuah kenderaan di kawasan parkir berhampiran Mahkamah Tawau, di sini, Sabtu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 tengah malam itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Strike Team Balai Polis Tawau mengesan sebuah pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pemeriksaan menemukan senjata tajam tersebut di bawah kerusi pemandu.


"Dalam pemeriksaan ke atas pacuan empat roda dipandu suspek, sebatang kayu besbol dan sebatang kayu ulas yang diletakkan di atas kerusi penumpang belakang, turut dirampas.


"Wanita warga asing berusia 22 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas dia gagal memberikan alasan munasabah berkenaan senjata berkenaan,"katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.


Mengulas lanjut, Jasmin berkata, tindakan membawa sebarang senjata di dalam kenderaan tanpa kebenaran dan alasan kukuh merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page