top of page
  • Wartawan Nabalu News

YADIM SABAH LANCAR KEMPEN PRIHATIN PITAS 2021


SAMIN (tengah) menyerahkan sumbangan bagi pihak YADIM Sabah di pusat pengumpulan di Petagas.

17 Jan 2021

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah melancarkan kempen Prihatin Pitas 2021 bagi membantu penduduk daerah Pitas yang terjejas teruk akibat banjir sejak beberapa hari lalu.


Pengarah YADIM Sabah Samin Ongki berkata, kempen yang bermula hari ini sehingga Rabu depan akan membuka empat buah lokasi penyerahan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan.


“Seperti mana yang kita semua sedia maklum, daerah Pitas adalah antara yang terjejas teruk akibat banjir besar pada minggu ini dan YADIM Sabah sukacita memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menghulur bantuan melalui kempen Prihatin Pitas 2021.


SAMIN (kanan) menyerahkan sumbangan.

“Kita menyasarkan untuk mengumpul 1000 beg beras 5 kilogram (kg); 1000 kg gula dan 1000 tin sardin yang boleh diserahkan di empat buah lokasi yang ditetapkan sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan Putatan,”katanya ketika dihubungi Nabalu News hari ini.


Samin berkata, pusat penyerahan sumbangan yang disediakan iaitu di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru; Azam Cafe Wisma MUIS; Restoran Gulai Petagas dan Restoran Al Hamra Pekan Baru Kinarut.


“Kempen ini akan berakhir Rabu depan dan sumbangan yang disalurkan nanti akan dihantar pada Khamis nanti,”katanya.

Comments


bottom of page