top of page
  • Wartawan Nabalu News

Yayasan WISDOM anjur webinar kupas kesediaan Sabah dalam perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimatan



14 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Yayasan WISDOM akan mengadakan webinar bertajuk Kelahiran Nusantara: Peluang untuk BIMP-EAGA, esok.


Yayasan itu dalam satu kenyataan hari ni berkata, webinar tersebut akan membincangkan sejauh mana usaha Putrajaya merebut peluang yang tersedia berikutan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan dan bagaimana Sabah dan Sarawak terlibat dalam usaha tersebut.


“Pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, pada 10 November 2021 telah menyaksikan tawaran kerjasama menerusi beberapa memorandum persefahaman (MoU) pelaburan di Indonesia bernilai AS$3.1 bilion.


“Sabah mempunyai hubungan rapat dengan Indonesia khususnya dengan Kalimantan Utara. Keadaan tersebut jelas dilihat melalui BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina - Kawasan Pertumbuhan Asia Timur).


“Namun begitu, keadaan pembangunan Sabah yang masih jauh ketinggalan serta kedudukan kewangan yang terhad berbanding beberapa negeri lain yang lebih kaya di Malaysia,” ujar kenyataan tersebut.


Webinar yang diadakan pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam itu membariskan empat ahli panel terdiri daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan; Konsultan Nasional, Direktorat Jenderal Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Sandra Nahdar; Duta Khas BIMP-EAGA Sabah Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia; dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.


Ia akan dihoskan oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan WISDOM, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.


Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan webinar tersebut akan membincangkan saranan dan tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memastikan mereka tidak ketinggalan merebut peluang keemasan berkenaan.


“Webinar selama satu jam 30 minit akan bersiaran secara langsung melalui laman facebook @myWISDOMF dan @Madiustangau.


“Ia juga boleh dikuti melalui aplikasi Zoom pada pautan https://bit.ly/WISDOMZoom_Nusantara-BIMP-EAGA menggunakan ID Zoom 821 9483 7570.


“Mereka yang memilih Zoom perlu terlebih dahulu mendaftarkan nama di pautan https://bit.ly/WISDOMRSVP_Nusantara-BIMP-EAGA / https://forms.gle/NLCogd2SLTmtFNdJ6.


“Ketika berada dalam Zoom, para peserta diingatkan tidak mengganggu sesi perbincangan atau disingkirkan dan dihalang daripada menyertai aktiviti Yayasan WISDOM pada masa akan datang,” ujar kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk sama-sama hadir memberi pandangan dan cadangan sepanjang webinar berlangsung.

Comments


bottom of page