top of page
  • Wartawan Nabalu News

Yayasan WISDOM meterai MoU dengan PPD Tuaran, fokus kerjasama bidang pendidikan


Zila (dua kanan) dan Wanihim (dua kiri) sedang menandatangani doumen MoU sambil disaksikan Sulaiman (kiri) dan Freeda (kanan)

29 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Sebuah badan pemikir, Yayasan WISDOM telah memeterai satu perjanjian kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran yang menfokuskan kerjasama kedua-dua pihak dalam pembangunan akademik.


Perjanjian tersebut dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani MoU antara Yayasan WISDOM dan PPD Tuaran, di sini, hari ini.


WISDOM Foundation diwakili Ketua Pegawai Operasi, Zila Fawzi, manakala Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran diwakili Pegawai PPD, Hajah Wanihim Othman.


Upacara menandatangani MoU itu turut disaksikan wakil masing-masing daripada WISDOM dan PPD Tuaran iaitu Freeda Jane dan Sulaiman Hj. Awang.


Wakil Yayasan WISDOM dan PPD Tuaran mengambil gambar kenangan bersama

Melalui kerjasama tersebut, Yayasan WISDOM akan menaja Pakej e-Tuition iaitu sebuah aplikasi pendidikan atas talian bertujuan sebagai pecutan akhir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua pelajar Tingkatan lima di seluruh Tuaran selama empat bulan.


Khidmat teknikal turut akan dibantu sepenuhnya oleh Yayasan WISDOM dengan kerjasama Syarikat MindAppz Sdn Bhd.


MoU yang ditandatangani juga tidak akan memberi sebarang obligasi kewangan kepada kedua belah pihak.


Untuk rekod, WISDOM Foundation adalah sebuah institut pemikir dan kajian tidak berasaskan keuntungan di Sabah yang memperkasakan aktiviti pengurusan komuniti dengan fokus kepada Pendidikan.

Comments


bottom of page