YBR sampaikan bantuan pengajian kepada pelajar di Kota Marudu
- Wartawan Nabalu News
- Nov 15, 2023
- 1 min read

15 November 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA MARUDU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan penyampaian sumbangan bantuan pengajian kepada seramai 124 pelajar yang telah dikenalpasti di kawasan Kota Marudu.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Lasimbang pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat di GL Hotel, di sini, hari ini.
Penerima bantuan adalah mereka yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) dan Tingkatan 6.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Kebajikan Bandau, Jamil M. Zakariah dan wakil-wakil pemimpin masyarakat setempat.
Ketika berucap pada majlis itu, Philip berkata YBR telah meluluskan Bantuan Pengajian berjumlah RM58,200 khusus untuk pelajar di sekitar Kota Marudu.

“Bantuan tunai secara one-off ini adalah untuk membantu mereka menyediakan kelengkapan atau peralatan pembelajaran mengikut keperluan," katanya.
Beliau berharap inisiatif YBR ini dapat membantu para pelajar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menjadi insan harapan keluarga dan negara.
“Nasihat saya kepada para pelajar, pendidikan memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi, anda perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan supaya dapat memberi khidmat bukan sahaja kepada masyarakat bahkan kepada negara,” katanya.
Beliau juga menasihati para pelajar supaya menghargai dan membanggakan ibu bapa mereka yang telah banyak berkorban.
“Jadikan ibu bapa anda sebagai “your main reason to success”. Banggakan mereka, bahagiakan mereka. Ingat semula berapa banyak yang telah mereka korbankan semata-mata untuk melihat anda semua pergi belajar kerana mereka percaya, dengan pendidikan yang terbaik boleh mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik,” katanya.















Comments